Sunday, December 18, 2011

ASMA UL-HUSNA; MAKNA DAN KEGUNAANNYA



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." Dari Abu Hurairah

r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama,
iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang
menghafalnya akan masuk syurga.
" Sahih Bukhari.
1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. AlMu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar -Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. AlMusawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - MahaMengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi' - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27.As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-'Adl - Maha Adil
31.Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. AlGhafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-'Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir -Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. AlWasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba'ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil -Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy -Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy -Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - MahaMulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal -Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami' - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan
Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).


1. "Ya Allah!"
apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi
selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang
besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman"
apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,
maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup
akan hilang dengan izin Allah.

3. "Ya Rahim"
apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari,InsyaAllah
kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa
cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik"
apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah
tergelincirnya matahari,segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan
mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus"
apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah
tergelincir matahari,maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati
seperti sombong, irihari, dengki dll.

6. "Ya Salam"
apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani &
rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi
segar sihat & sejahtera.

7. "Ya Mukmin"
apabila dizikirkan sebanyak 236 x,InsyaAllah diri kita,
keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara&aman dari
segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin"
apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardhu
Isyak,Insyaallah fikiran&hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz"
apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh,
InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana
penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar"
apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua
musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. "Ya Mutakabbir"
apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dengan
kebijaksanaan bertindak,kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan
mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12."Ya Khaliq"
dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah
yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan
memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13."Ya Baarii'"
sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang
sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita
akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir"
sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak,
maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari
Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air &
dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk
berbuka puasa.
Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi
hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak,
bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang
soleh.

15."Ya Ghaffaar"
sambil beri'tikaf(diam dalam masjid dalam keadaan suci)
bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat
Jumaat,InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar"
dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x,maka hati
kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah
orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab"
dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang
siapa yang selalu didalam kesempitan,InsyaAllah segala kesulitan atau
kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. "Ya Razzaq"
dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya
solat subuh,InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa
berkat.Rezeki akan datang tanpa diduga!!tetapi perlulah dilakukan dengan
ikhtiar yang zahir.

19. "Ya Fattah"
dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh,
InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah,sehingga mudah menerima
nasihat agama.

20. "Ya 'Aalim"
dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah,
Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. "Ya Qaabidhu"
dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin
dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. "Ya Baasithu"
Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain,
kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini
setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. "Ya Khaa'fidh"
dizikirkan sebanyak 500x setiap hari, dalam keadaan
suci,khusyuk & tawadukInsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.
Juga apabila mempunyai musuh,musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi"
dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70x,
InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah,di kedai atau di
tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. "Ya Mu'izz"
dizikirkan sebanyak 140x setiap hari,
Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar
terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. "Ya Muzill"
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari,sekiranya ada
orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya,InsyaAllah si
penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. "Ya Samii'"
Sekiranya inginkan doa kita makbul& pendengaran telinga
kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan,
lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha,InsyaAllah doa akan mustajab.

28. "Ya Bashiir"
Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat,
InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu
diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. "Ya Hakam"
dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan
suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu
agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. "Ya Adllu"
dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai
solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. "Ya Lathiif"
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan
jualannya menjadi laris & maju.

32. "Ya Khabiir"
Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung
faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara
lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah
terpisah sekian lama.

33. "Ya Haliim"
Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat lima waktu, bagi
mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa
saja,InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau
diungkit-ungkit atau tergugat.

34. "Ya 'Aziim"
dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang
sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh.
Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan
lalu diusap-usap pada seluruh badan,maka dengan izin Allah
akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. "Ya Ghafuur"
bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan
zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak
mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. "Ya Syakuur"
dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai
pengucapan terima kasih kepada Allah,InsyaAllah semua hajat kita akan
dimakbulkan Allah.Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang
penting & terdesak.

37. "Ya 'Aliy"
Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal,tulislah
zikir ini sebanyak 110x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!)
lalu direndam pada air yang dingin & diberikan sianak meminumnya,
InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak
dungu lagi.InsyaAllah mujarab.

38. "Ya Kabiir"
Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau
dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000x
selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada
Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. "Ya Hafiiz"
dizikir sebanyak 99x,InsyaAllah diri kita akan
terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di
dalam hutan.

40. "Ya Muqiit"
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika
sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan
bekalan makanan,maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan
menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. "Ya Hasiib"
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat,
amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepas solat
Maghrib,InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. "Ya Jaliil"
Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam
yang terakhir,InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan
perniagaan akan bertambah maju.Andai seorang pegawai,maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah
seterusnya dengan izin Allah.

43. "Ya Kariim"
Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia
mahupun di akhirat kelak,maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika
hendak masuk tidur.Nescaya,Allah akan mengangkat darjat mereka yang
mengamalkan zikir ini.

44. "Ya Raqiib"
Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan
barang yang dikhuatirkan,maka zikirkan sebanyak 50x setiap hari dengan
niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh
& sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya.
Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....

45. "Ya Mujiib"
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya
& agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan
zikir ini sebanyak 55x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan
mengabulkan doa kita.

46. "Ya Waasi"
Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak
128x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat
pertolongan Allah.Andai zikir ini sentiasa diamalkan,InsyaAllah Tuhan
akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim"
Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan
zikir ini setiap hari,InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar
didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya
300x setiap hari.

48. "Ya Waduud"
Amalkan zikir ini sebanyak 11,000x pada setiap malam.
InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik,disayangi
& rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. "Ya Majiid"
Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota
keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua
keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99x,sesudah itu hembuskan
kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka.InsyaAllah semua anggota
keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. "Ya Baa'its"
Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tanganke dada,
InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. "Ya Syahiid"
Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka
membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan
setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. "Ya Haq"
Perbanyakkan zikir ini,InsyaAllah ianya sangat berfaedah
sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. "Ya Wakiil"
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat,
atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah
bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. "Ya Qawiy"
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar
apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. "Ya Matiin"
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya
mempunyai fadhilat yang besar sekali,antaranya untuk mengembalikan
kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. "Ya Waliy"
Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan,
maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana
dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang
gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. "Ya Hamiid"
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya
Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. "Ya Muhshiy"
Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam
pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah),maka amalkan zikir
ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. "Ya Mubdiu"
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka
zikirkan sebanyak 470x setiap hari.InsyaAllah....

60. "Ya Mu'id"
Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan
sebagainya,amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat.
InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. "Ya Muhyiy"
amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari,InsyaAllah
kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. "Ya Mumiit"
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini,InsyaAllah akan
dipermudahkan didalam perniagaan,berpolitik dan sebagainya.

63. "Ya Hayyu"
Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani
kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. "Ya Qayyuum"
Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin
memperolehi harta yang banyak lagi berkat,ingin dikasihi oleh setiap
manusia,ingin berwibawa,ditakuti musuh & ingin menjadiinsan yang
terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000x
setiap malam atau siang hari.Hendaklah melakukannya secara berterusan,
Insya Allah akan tercapai segala hajat.
6
5. "Ya Waajid"
Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh,tidak mudah
terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. "Ya Maajid"
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk
menerima pelajaran,maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir
ini setiap hari.

67. "Ya Waahid"
Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat
ingin untuk menimangnya,amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali
selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga
hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. "Ya Somad
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup,
maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin.
InsyaAllah diri akan berasa segar & sentiasa.

69. "Ya Qaadir"
Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu
gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari,Insya Allah
segala hajat akan berhasil.

70. "Ya Muqtadir"
Agar tercapai tujuan yang dikehendaki,selain dari berikhtiar secara
lahariah,maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar
kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan
hajat kita.

71. "Ya Muqaddim"
Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata
"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari,
InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. "Ya Muahkhir"
Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. "Ya Awwal"
Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x
setiap hari,InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. "Ya Aakhir"
Amalkan berzikir sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu
selama satu bulan,InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. "Ya Dhaahir"
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat
waktu di tempat yang sunyi (khalwat),nescaya Allah akan membuka hijab
padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. "Ya Baathinu"
Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30x sesudah solat fardhu.

77. "Ya Waaliy"
Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang
itu menjadi orang yang ma'rifat,iaitu hatinya dibuka oleh Allah.
Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. "Ya Muta'aAliy"
Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau
mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin
sewaktu mengadap.InsyaAllah dengan mudah kita nakan berjumpa dengannya &
segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. "Ya Bar"
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari,
InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. "Ya Tawwaab"
Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka
hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk
kembali ke jalan yang lurus.

81. "Ya Muntaqim"
Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak
melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan
zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah kita akan
mendapat pertolongan Allah.

82. "Ya 'Afuww"
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini,nescaya dia akan diampuni segala
dosanya oleh Allah.

83. "Ya Rauuf"
Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman
atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu
samada pada waktu siang mahupun malam.

84. "Ya Maalikul Mulki"
Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap
tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak
212x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan.
InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam"
Amalkanlah zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan,
InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. "Ya Muqsith"
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan
akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. "Ya Jaami'"
Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah,
maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat
semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari
itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. "Ya Ghaniy"
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin,
InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita
perolehi itu akan mendapat berkat.

89. "Ya Mughniy"
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia
& akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini,
InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. "Ya Maani'"
Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x
pada waktu menjelang solat subuh setiap hari,InsyaAllah kita akan
terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. "Ya Dhaarr"
Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas
diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. "Ya Naafi'"
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan
zikir ini setiap hari,maka bagi orang yang sakit,sakitnya akan sembuh, &
bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. "Ya Nuur"
Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa
yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan
baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak,maka hendaklah
selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. "Ya Haadiy"
Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu,
kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan
memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan diberikan pertolongan Allah
akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. "Ya Baadii"
Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi
memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah
dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan
akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. "Ya Baaqy"
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas
waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi
punca rezeki tidak akan mudah terlepas,perniagaan tidak akan rugi atau
bankrap dengan berkat zikir ini.

97. "Ya Waarits"
Sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat
fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar,
maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x.
InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha
kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid"
Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak,
namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan
menjadi bertambah cerdas

99. "Ya Shabuur"
Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal,
maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan.Dengan sifat
sabar& penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan
mencapai kejayaan.

Doa-doa Yang Makbul:

1.Orang yang terdesak.

2.Orang yang teraniaya/dizalimi.

3.Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4.Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan
silaturrahim.


Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1.Terasa sesuatu yang menakutkan.

2.Menangis tatkala berdoa.

3.Terasa menggeletar.


Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia
berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah
tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang
halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik
belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan
silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan
bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w &
para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu
(al-fatihah dan sebagainya).


KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali
menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak
dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok
mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali
berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha
dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali
kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu

Thursday, December 8, 2011


[1] Yaa Siin.

[2] Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

[3] Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,

[4] Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).

[5]Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

[6]Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.

[7]Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.

[8]Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.

[9]Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).

[10] Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman.

[11] Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa dia tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.

[12] Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.

[13] Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),

[14]Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu.

[15] Penduduk bandar itu menjawab: Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang agama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta.

[16] Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,

[17] Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata.

[18] Penduduk bandar itu berkata pula: Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[19]Rasul-rasul itu menjawab: Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau.

[20]Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu.

[21]Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayat petunjuk.

[22] Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya): Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?

[23] Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

[24] Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.

[25] Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku).

[26](Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Ia berkata; Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui.

[27]Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan.

[28] Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka) dan tidak perlu Kami menurunkannya.

[29](Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta-merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.

[30] Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.

[31] Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).

[32] Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

[33] Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan ia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.

[34] Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air,

[35] Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?

[36] Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

[37] Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;

[38] Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

[39] Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

[40] (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

[41] Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;

[42] Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.

[43] Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka dan mereka juga tidak dapat diselamatkan;

[44] Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.

[45] Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini) dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat, (mereka tidak mengindahkannya).

[46] Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan Tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).

[47] Dan apabila dikatakan kepada mereka: Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Dia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata.

[48] Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu).

[49] Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).

[50] Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya) dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.

[51] Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.

[52] (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul.

[53] Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta-merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

[54] Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.

[55] Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;

[56] Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;

[57] Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;

[58] (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

[59] Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).

[60] Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu!

[61] Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

[62] Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

[63] Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).

[64] Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!

[65] Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

[66] (Mata hati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?

[67] (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang. [

68] Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?

[69] (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

[70] Supaya dia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya) dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.

[71] Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?

[72] Dan Kami jinakkan ia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka dan sebahagian lagi mereka makan.

[73] Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?

[74] Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan) semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).

[75] Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.

[76] Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.

[77] Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

[78] Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?

[79] Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

[80] Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu.

[81] Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

[82] Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi.

[83] Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri

Untuk keselamatan diri, benteng diri dan halimunan diri dari jin dan manusia yang kejam.

Ayat 1 - 9 -
يس. وَالْقُرْآنِ الْحَكِيم. إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ. عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ. تَنْزِيلَ الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ. لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ. لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ عَلَىٰ أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ. إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلَالًا فَهِيَ إِلَى الْأَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُونَ. وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

• Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ayat 9 -
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ


Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

Orang jahat tidak nampak kita terutamanya orang kafir. Lindungi rumah dari pencuri
baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah. Lindungi diri dari dianiaya, bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur.

* Baca Ayat 9
* Fatihah
* 3 Qul 3 kali setiap satu
* Ayat Kursi

• Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin –

Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 12 -
إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَءَاثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ
مُبِينٍ

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh).
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

• Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

• Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

• Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

• Ayat 29 – Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita.

Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 29 -
إِنْ كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَامِدُونَ

Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

• Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).

• Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik…
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

• Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

• Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.

Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 36 -
سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa.Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

* Untuk cari jodoh
* Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
* Ya Wadud (3x)

• Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri…
Hati yang kering akan hidup semula.

• Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

• Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.

• Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

• Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

•Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

• Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

• Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
• Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
• Tiupan ke-dua – Hancur
• Tiupan ke-tiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

• Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

• Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah.

Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 58 -
سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ

(Kepada mereka dikatakan): "Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.

Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. Jika sakit anggota, tak tenang hati - Baca 7 x dan gosok pada tempat sakit

• Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan

• Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 76 -
فَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ

Maka janganlah ucapan mereka menyedihkan kamu. Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka nyatakan.

Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut. Bila rasa sedih, untuk menenangkan hati - Gosok jantung sambil baca.

• Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”

(Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini. • Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 78 - 79 -
وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًا وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ(78)قُلْ يُحْيِيهَا
الَّذِي أَنْشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ
Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?" Katakanlah: "Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.

Dikhaskan untuk sakit urat, lutut, tulang dan badan. Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. “dia berkata, Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?

• Ayat 82 – Untuk Hajat –

Ayat 82 -
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.

Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan sehingga 40 hari. Juga untuk mandul, mengubati kanser atau ketumbuhan dalam badan.

Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x.

Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar.

Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.

Caranya:

Sembahyang Tahajjud(3x) berturut-turut,

Baca pada air [100x)

Dan berdoa apa sahaja hajat. Wallahualam.

Elok dibaca

1. Selepas sembahyang subuh

2. 3 pagi Jumaat berturut-turut

3. Ayat 1 – Yassin baca 7x

4. Ayat 38 – 12x

5. Ayat 58 – 7x

6. Ayat 82 – 14x

7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.

Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.

8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah,

bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.

9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul. Wallahualam.

My MixPod