Ermmm dalam minat mengumpul emas kiter jangan luper pulak
akan tanggungjawap yang perlu kiter jalankan.....bukan aper ingat mengingati
tew kan baggoooooss hehehheehe
meh kiter pandang pandang jengok jengok bab zakat plak yer....eehhhh masih lagi topik emas nie tawww
hheheehehe.........
Ma’adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.
akan tanggungjawap yang perlu kiter jalankan.....bukan aper ingat mengingati
tew kan baggoooooss hehehheehe
meh kiter pandang pandang jengok jengok bab zakat plak yer....eehhhh masih lagi topik emas nie tawww
hheheehehe.........
"Firman Allah yang bermaksud" :
“Dan dirikan solat dan
tunaikanlah zakat.” (Al-Baqarah : 43)
"Hadis Nabi yang bermaksud" :
“Islam dibangun atas lima
perkara iaitu bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad
adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa
di bulan Ramadhan.” (Al-Bukhari, Muslim dan Lain-lainnya)
PERNIAGAAN TERUNGGUL :SURAH AS-SAFF:10-12
Hai orang-orang yang
beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat
menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan
RasulNya danberjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.
Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(As-Saff:10-12)
Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(As-Saff:10-12)
RAHSIA KEKAYAAN
“Tidak akan berkurang harta
yang disedekahkan dan Allah tidak akan menambah bagi seorang hamba yang pemaaf
melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah
melainkan akan Allah angkat darjatnya.” (Hadis riwayat Muslim)
"Sesungguhnya tidak akan berkurang harta yang disedekahkan, kecuali bertambah dan bertambah." (HR. Tirmidzi)
"Sesungguhnya tidak akan berkurang harta yang disedekahkan, kecuali bertambah dan bertambah." (HR. Tirmidzi)
MARILAH KITA SEMUA PERBANYAKKAN BERSEDEKAH KERANA ALLAH S.W.T - AMIN
KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT EMAS DAN PERAK
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:” Tidak ada seorang pun yang mempuyai emas dan perak yang tidak
menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa
keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan
belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang
lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan
dengan hamba-Nya.”
Rukun Zakat
“Ambillah
(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk),
dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman
bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah
At-Taubah (ayat 103)
“Dan dirikanlah kamu akan
sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh
rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)
“Dan
(ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani
Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan
berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim,
serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan
yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu
berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil
daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian
setianya.” - Surah Al-Baqarah (ayat 83)
“Ambillah
(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk),
dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman
bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah
At-Taubah (ayat 103)
Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.
Borak borak pasal "zakat" nie kan kiter nie taw ker tak aper itu zakat.......
Pengertian Zakat
Dari Segi Bahasa
Zakat dari segi bahasa bererti
“BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI”
dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya
daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan
diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
Dari Segi Syarak
Zakat dari segi syarak pula
ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang
berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
Hikmah Disyariatkan Zakat
Zakat adalah salah satu
daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT
mensyariatkan zakat ialah:
·
Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang
berada kepada golongan yang kurang berada.
·
Membersihkan diri pembayar zakat.
·
Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
·
Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh
ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
·
Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib
baik.
·
Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping
perhubungan antara manusia dengan manusia.
·
Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam
bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
·
Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan
ekonomi dan kewangan.
·
Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang
diredhai ALLAH SWT.
·
Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar
zakat.
Siapa Yang Wajib Berzakat
Setiap individu yang ingin
membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan
dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
·
Islam
Zakat hanya dikenakan kepada
orang-orang Islam sahaja.
·
Merdeka
Syarat ini tetap dikekalkan
sebagai salah satu syarat wajib.
·
Sempurna Milik
Harta yang hendak dizakat
hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi
harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya
bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
·
Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat
Para Fuqaha’ merangkumi semua
pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang
termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
·
Cukup Nisab
Nisab adalah paras minimum yang
menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan
nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196
gram perak.
·
Cukup Haul
Bermaksud genap setahun iaitu
selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi.
Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan
hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
Harta Yang Wajib Dizakatkan
Ada 2 jenis zakat iaitu:
·
Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri
yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang
berkemampuan dengan
syarat-syarat yang ditetapkan.
syarat-syarat yang ditetapkan.
·
Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan
zakat adalah seperti berikut:
o Zakat
Pendapatan
o Zakat
Perniagaan
o Zakat
Binatang Ternakan
o Zakat
Pertanian
o Zakat
Wang Simpanan
o Zakat
Emas dan Perak
o Zakat
Saham
o Zakat
Ma’adin, Kunuz dan Rikaz *
Ma’adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.
Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)
Asnaf Zakat
Skop agihan zakat Lembaga Zakat
Selangor (MAIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara’. Asnaf tersebut
seperti mana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu,
hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat,
para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang
berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan,
sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana”
Siapa Yang Layak Menerima Zakat
Zakat akan diagihkan kepada
beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah:
·
Asnaf Fakir
Fakir ialah orang Islam yang
tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya
untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan,
pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
·
Asnaf Miskin
Miskin ialah orang Islam yang
mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya
tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan
tanggungannya.
·
Asnaf Amil
Orang yang dilantik /
ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
·
Asnaf Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam
iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh
mencintai Islam.
·
Asnaf Riqab
Iaitu hamba mukatab yang ingin
memerdekakan dirinya.
·
Asnaf Gharimin
Orang Islam yang berhutang
untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga
tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat
dan memerlukan:
o Orang
yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
o Hutang
itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
o Hutang
telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
·
Asnaf Fisabilillah
Fisabililah ialah tiap-tiap
perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan
syiar Islam.
·
Asnaf Ibnu Sabil
Orang Islam yang kehabisan
perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan
sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
o Ia
mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
o Pengembaraan
diharuskan oleh syarak.
No comments:
Post a Comment