‘Sujud Sahwi’ adalah melakukan dua kali
sujud pada penghujung rakaat yang terakhir dan hendaklah berniat untuk
melakukannya sebelum sujud;
1. Sesudah Tahiyyat
Akhir dan sebelum salam. Bersujudlah sambil mengucapkan takbir“Allaahu
Akbar” dan dalam sujud membaca:
2. Duduk antara
dua sujud semula dengan bacaan seperti solat biasa.
3. Sujud lagi
sekali dengan mengucap takbir, lalu membaca tasbih sujud seperti no. 1.
4. Kemudian
duduk semula dengan duduk ‘Iftirasy’ (Tahiyat
Akhir).
5. Akhirnya
beri salam ke kanan dan kiri.
Permasalahan
1.
Apabila tertinggal atau terlupa sesuatu rukun solat, tidak boleh
diganti dengan ‘Sujud Sahwi’ sahaja, malah sekiranya:
a) Jika teringat ketika sedang dalam
hampir menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka diwajibkan membuat apa yang
tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat. Kemudian
sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam kerana perbuatan
telah bertambah.
b) Teringat ketika dalam proses kurang
separuh daripada menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka wajib juga membuat
apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat dan
tidak perlu melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam, jika ia sujud
juga maka batallah solatnya.
c) Sekiranya teringat tidak lama sesudah
memberi salam, kira-kira setengah minit, hendaklah berdiri semula, mengerjakan
apa yang tertinggal lalu meneruskan perbuatan solat seterusnya sehingga tamat,
kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’.
d) Disebabkan kesalahan rukun, jika tidak
dilakukan antara dua perkara itu, maka tidak sah solat.
2.
Sekiranya tertinggal sunat-sunat ab’ad dan telah memberi salam
sebelum sujud, sama ada dengan sengaja atau terlupa dan tempoh pemisah antara
memberi salam dan selepasnya itu lama, maka luputlah tuntutan ‘Sujud
Sahwi’.
3.
Sekiranya tempoh pemisah itu pendek, maka boleh melakukan semula
sujud tersebut dengan dua kali sujud, sambil berniat melakukan ‘Sujud
Sahwi’, kemudian memberi salam buat kali kedua.
4.
Bila di dalam solat timbul keraguan tentang jumlah rakaat maka
ambillah jumlah rakaat yang sedikit lalu tambahkan rakaat yang kurang.
5.
Bila yang terlupa itu salah satu rukun solat, yang tidak dapat
dibetulkan segera, maka solatnya tidak sah, dan solatnya wajib diulang semula.
6.
Jika imam terlupa ‘Sujud Sahwi’, makmum boleh ‘Sujud Sahwi’ selepas imam memberi salam.
.
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa Sallam telah
bersabda :“Sesungguhnya Allah telah memaafkan kesalahan-kesalahan umat-Ku
yang tidak disengaja, kerana lupa dan yang dipaksa melakukannya.” (Hadis Riwayat: Ibnu Majah, Baihaqi
dll.)
No comments:
Post a Comment