Sujud adalah satu amalan yang paling disukai ALLAH swt. Sujud
akan memberatkan timbangan di Hari Perhisaban kelak. Maka itu sangatlah
digalakkan untuk memperbanyakkan amalam bersujud. Namun sujud tidak boleh
dibuat sesuka hati tanpa ada sebab yang dibenarkan syarak. Sujud adalah amalan
ibadah yang tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.
Selain dari sujud rukun iaitu sujud yang diwajibkan dalam sembahyang fardu dan sembahyang sunat, ada 3 lagi sujud yang dihukum sebagai sujud sunat untuk kita amalkan.
Sujud-sujud sunat :-

·
Sujud Sahwi
·
Sujud Tilawah
·
Sujud Syukur
Sujud Sahwi.
Sujud sahwi adalah sujud kerana lupa atau ragu-ragu dalam sembahyang. Hukum sujud sahwi adalah sunat. Ia dilakukan setelah membaca tahiyat akhir tetapi sebelum memberi salam. Ada juga pendapat yang membolehkan melakukan sujud sahwi setelah salam (jika terlupa melakukannya sebelum salam).
Merasa ragu-ragu atau was-was dalam ibadah adalah salah satu sebab ibadah itu ditolak. Ia adalah kerja Syaitan untuk melalaikan manusia dalam ibadahnya itu. Kerana dilalaikan Syaitan, kita sering terlupa dan tidak khusyuk ketika sedang bersembahyang. Maka cara untuk menutup kekurangan dalam sembahyang, kita disunatkan untuk membuat sujud sahwi di akhir sembahyang itu.
Sujud sahwi hanya boleh dibuat jika berlaku perkara-perkara berikut ini:-
** Terlupa atau syak pada bilangan rakaat.
Seringkali kita akan terlupa tentang rakaat yang sedang dilakukan kerana kita khayal dan tidak kusyuk. Cara mengatasinya ialah dengan segera menetapkan rakaat yang sedang kita berada di dalamnya itu. Contoh; kita tidak ingat sama ada kita sedang dalam rakaat kedua atau ketiga, maka tetapkan bahawa ia adalah rakaat kedua dan teruskan sembahyang itu sehingga selesai dan ditutup dengan sujud sahwi. Jangan lagi diingat-ingatkan sama ada rakaat itu betul atau salah kerana ia akan mendatangkan rasa ragu-ragu atau was-was. Sembahyang akan menjadi tidak sah dan batal jika ada rasa ragu-ragu dan was-was. (Jika terlupa bilangan rakaat adalah lebih selamat untuk memilih rakaat yang yang terdahulu atau yang sedikit).
** Terlupa tahiyat awal.
Banyak kali juga kita akan terlupa untuk duduk tahiyat awal dalam rakaat kedua. Hanya apabila telah berdiri untuk rakaat ketiga baharu kita sedari bahawa kita terlupa untuk duduk tahiyat awal. Duduk tahiyat awal dan membaca tahiyat awal adalah sunat ab'ad dalam sembahyang maka jika terlupa melakukannya, ia tidak akan membatalkan sembahyang itu.. Maka tidak perlu untuk mengulangi rakaat tersebut. Hendaklah diteruskan sembahyang itu sehingga selesai lalu ditutup dengan sujud sahwi.
** Terlupa membaca doa Qunut.
Hukum membaca doa Qunut menurut mazhab Syafiee adalah sunat ab'ad dalam sembahayang fardu Subuh. Terlupa membacanya tidaklah membatalkan atau merosakkan sembahyang. Tutup kekurangan itu dengan sujud sahwi di akhir sembahyang sebelum memberi salam.
** Terlupa atau syak pada rukun sembahyang.
Rukun sembahyang tidak boleh ditinggalkan dan tidak boleh ada syak padanya. Jika rasa ragu-ragu atau tersilap kerana terlupa, hendaklah diperbaiki rukun sembahyang itu dengan segera. Tidak boleh teruskan sembahyang dalam keadaan ragu-ragu atau was-was dalam sembahyang. Sembahyang yang tidak yakin pada rukun-rukunnya adalah sembahyang yang tidak sah.
Contoh 1 - jika ketika sujud, merasa ragu-ragu dan tidak ingat sama ada dia telah melakukan rukuk atau tidak. Maka ketika itu dia wajib mengulangi semula rakaat tersebut kemudian teruskan sembahyang sehingga selesai dan ditutup dengan sujud sahwi.
Contoh 2 - membaca surah al-Fatehah bukan pada tempatnya kerana berkhayal dan tidak kyusuk. Apabila dia tersedar hendaklah diberhentikan bacaan itu dengan segera lalu teruskan sembahyangnya seperti biasa. Buat sujud sahwi sebelum memberi salam. Tetapi jika rasa syak pada bacaan al-Fatehah sedangkan dia masih dalam rukun berdiri, ulanglah bacaan al-Fatehah itu pada masa itu juga dan tidak perlu mengulang rakaat itu dan tidak perlu buat sujud sahwi.
Selain dari perkara-perkara ini, sujud sahwi juga sunat dibuat jika kita melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan sembahyang kerana terlupa. Seperti bergerak 3 kali beturut-turut atau melafazkan sesuatu yang bukan bacaan sembahyang.
Sujud sahwi adalah hanya untuk kesilapan atau terlupa pada rukun-rukun dan sunat-sunat ab'ad sahaja. Bagi kesalahan pada sunat hai'at tidak disunatkan buat sujud sahwi maka tidaklah perlu kita buat sujud sahwi di akhir sembahyang andainya kita terlupa untuk membaca surah selepas al-Fatehah, terlupa membaca doa iftitah, tidak mengangkat tangan ketika bertakbir, tidak membaca tasbih ketika rukuk atau sujud dan seterusnya.
Cara-cara sujud sahwi.
Setelah selesai membaca tahiyat akhir, hendaklah duduk iftirasy (seperti tahiyat awal) lalu berniat sujud sahwi dan bertakbir ketika turun sujud. Buat dua kali sujud diselangi dengan duduk antara dua sujud. Setiap pergerakan bacalah takbir intiqalat (ALLAHUAKBAR). Kemudian duduk kembali seperti dalam tahiyat akhir. Beri salam pertama dan kedua tanpa perlu membaca tahiyat akhir lagi. Selesailah sembahyang itu dengan sempurna.
Bacaan sujud sahwi.
Bacaan dalam sujud sahwi adalah sunat. Tidak ada bacaan tertentu yang ditetapkan. Boleh saja baca tasbih seperti dalam sujud rukun biasa atau jika suka bolehlah baca tasbih seperti di bawah ini sebanyak 3 kali:-

Maha Suci Tuhan Yang
tidak tidur dan tidak lupa.
Perhatian:-
* Tidak boleh buat sujud sahwi jika tiada apa-apa kesilapan atau terlupa dalam sembahyang. Hukumnya sembahyangnya akan batal kerana menambah perbuatan sembahyang tanpa sebab. Wajib mengulangi sembahyang itu.
* Jika buat sujud sahwi dengan niat andai ada apa-apa kesilapan di dalam sembahyang yang tidak disedari dapatlah ditutup, maka sembahyangnya juga batal kerana itu tanda ragu-ragu dan was-was. Wajib mengulangi sembahyangnya sehingga datang rasa yakin.
* Jika setelah buat sujud sahwi kerana ada kesilapan atau terlupa, tetapi tetap ada rasa ragu-ragu setelah selesai sembahyang itu, maka sembahyang itu menjadi batal kerana tidak boleh ada rasa ragu-ragu dan was-was dalam ibadah sembahyang. Wajib mengulangi sembahyang itu.
* Jangan sekali-kali hentikan sembahyang secara mendadak kerana merasa telah melakukan kesilapan. Hukum membatalkan atau keluar dari sembahyang dengan sengaja adalah berdosa. Jika telah tersilap dalam sembahyang, perbaikilah kesilapan itu dalam sembahyang itu juga lalu ditutup dengan sujud sahwi. Jika terpaksa batalkan atau hendak keluar dari sembahayang kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (seperti perut yang memulas), maka segeralah bersujud dan beri salam dan niat untuk keluar dari sembahyang itu.
(Jika sembahyang batal kerana wuduk terbatal (contoh keluar angin), maka tidak perlu salam untuk keluar dari sembahyang. Sembahyang yang telah batal haram untuk diteruskan.)
* Hukum sujud sahwi di dalam sembahyang berjemaah adalah wajib atas makmum mengikut imam seperti berikut:-
1) Jika imam buat sujud sahwi sebelum salam, wajib atas makmum untuk sujud juga walau pun makmum tidak mengetahui apakah kesilapan imam. Jika makmum tidak buat sujud sahwi, sembahyangnya menjadi batal dan perlu diulang sendirian.
2) Jika imam tidak buat sujud sahwi walau pun makmum tahu dia telah melakukan kesilapan, makmun tidak boleh buat sujud sahwi itu. Jika dilakukan, maka sembahyang makmum akan batal.
Sujud sahwi bagi imam adalah sunat ab'ad.
No comments:
Post a Comment