Tuesday, March 1, 2016

DOA

أَعُوذُ بِاللّٰـهِ مُنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ،.
بِسْمِ اللّٰـهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ،
الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيــنَ،
وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى اَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالُمْرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيـن
Ya Allah, ya Malikul Quddus ya Salam ya Zaljala li wal ikram.

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah, kerana kami masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan  kami pada hari ini. 

Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami, dan dosa kedua ibu bapa kami, dan dosa anak-anak, dan pasangan hidup kami, dan dosa saudara mara kami.

Ya Arhamarrahimin, cucuri rahmat kepada kami kesemuanya dan limpahi kami dengan hidayah dan petunjuk agar segala gerak kerja kami pada hari ini terpimpin dan menjadi mudah saterusnya berakhir dengan kesudahan yg baik.

Ya Faarijal ham ya kaa syifal gham, kami juga memohon padamu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, petunjuknya dan keberkatannya. Dan kami juga memohon perlindunganMu dari kejahatan dan keburukkan di dalamnya dan yang datang sesudahnya

Ya Allah, bantulah kami  dan pilihlah kami untuk sentiasa mengingatiMu, dan sentiasa mensyukuri setiap nikmat kurniaanMu, dan sentiasa memperelokan amal ibadat kami dan sentiasa dalam taat padaMu.

Ya Allah, perlihatkan pada kami kebaikkan itu baik dan benar dan berikan kami kekuatan untuk beramal dengannya dan perlihatkan kepada kami kebatilan itu sesat dan berikan kami kekuatan supaya kami dapat menghindarinya.

Ya Allah, kami telah banyak menzalimi diri kami sendiri, dari itu ampuni kami dan kasihani kami dan janganlah dibiarkan kami kekal dalam kerugian.

Ya Allah janganlah dipesongkan hati kami setelah kami mendapat hidayahMu. Dan kurniakanlah pada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-melimpah pemberianNya.

Ya Allah, Engkaulah tuhan yang sentiasa membolak-balikkan hati, dari itu tetapkan hati kami pada agamaMu dan dalam taat padaMu.

Ya Allah bantulah saudara-saudara kami yang dizalimi di Gaza, di Palestine, di Syria, di Mesir dan di mana jua. Hancurkan musuh-musuh
Islam laknatullah sehancur-hancurnya. Dan sejahterakan saudara Islam kami sekeliannya.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الٰأْخِرَة حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،
وَصَلَّى اللّٰـهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ، وَالْحَمْدُ لِلّٰـهِ رَبِّ الْـعَالَمِيــن

No comments:

Post a Comment

My MixPod