Wednesday, April 4, 2012

"Errrrmmm NaK Simpan Barang Kemas 916 kerrr 999"


Apa bezanyeww  antara emas 999 (24k) ngan emas 916 (22k) teww eekkkkkkkkk..........



hurmmmmmm nak taw la jugak kan jangan sampai orang citer pasal "916" laa "999' laaa
kiter pakai angguk angguk geleng geleng tapi hampehh aper kebendenyeww aper bezanyeww kiter hareeemmm tak taw hehehehe



Emas 999 (24k) :
·         Emas 1st class
·         Merupakan emas tulen yang tidak dicampur dengan benda asing.
·         Kandungan Emas 999.9%
·         ianya agak lembut( boleh dibentuk menjadi objek pejal spt barang kemas tetapi perlu dipakai dengan teknik yang betul agar tidak mudah kemek @ jatuh)
·         Lebih berkilau, bersinar-sinar dan lambat pudar.
·         Sangat sesuai untuk pelaburan terutama dalam bentuk barang kemas, jongkong atau syiling emas.
·         Harga  gadaian / Pajakan ar-rahnu harga tinggi.
·         Kekurangan emas 999 : Biasanya tersedia dalam bentuk Bar, jongkong atau syiling emas /dinar, ini kadang-kadang menyukarkan pemiliknya melakukan gadaian ketika memerlukan wang kerana kebanyakan arrahnu tidak menerima emas dalam bentuk Bar, jongkong atau syiling emas /dinar; Okeh itu, Jika anda berhasrat menggunakan wang dari pelaburan emas anda, eloklah anda membeli emas 999 ini dalam bentuk barangan kemas.

      Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik




        tawww tak...1gms emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi


      Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah
      22K, 18K dan 14K, berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya.

meh kiter tengok perbezaanyerrr....


      24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas)  emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.

hurmmm kiter sambung la citer emas 916 tadi....hehhehe

allriteee  emas 22k a.k.a emas 916 . Emas 22K  sangat popular di India. Ia digunakan sebagai Dowry perkahwinan, (Lazimnya dalam majlis perkahwinan mereka, keluarga mempelai wanita akan menyediakan beberapa gram emas (100 – 400gms, untuk dibawa bersama mempelai wanita kerumah pengantin lelaki) bagaimanapun tradisi ini hampir tidak diamalkan lagi kecuali di beberapa tempat.
Di Malaysia, emas 22k kebiasaannya tidak dicop 22k, ia biasanya dicop emas 916, disini timbul kekeliruan dan sedikit masalah. Pembeli emas lazimnya tidak akan membeli emas bertanda 22k dengan harga emas 916 kerana pertama, 22K bukan penggunaan standard di Malaysia, kedua, emas yang dicop 22K mungkin dihasilkan di India dan ia tidak disahkan ketulenannya di Malaysia, pelebur sendiri tidak akan mengambil emas 22K pada harga emas 916, sebab itu emas 22K lazimnya dibeli pada harga emas 90 atau emas 835, bergantung kepada keputusan ujian ketulenan asid.

Emas 916 (22k) :
·         Kandungan emas hanya 91.6% sahaja.
·         8.4 adalah  lain-lain logam.
    • Pembeli biasa biasanya Tiada alat yg dapat mengukur kesahihan kandungan emas yang sebenarnya dalam barang kemas yang dibeli  semasa di kedai emas. Terdapat banyak kes emas yang dibeli tidak mencapai tahap ketulinan yang dijanjikan.
·         Lagi berat barang kemas tersebut bermakna lebih banyak kandungan benda asing daripada kandungan emas.
·         Cepat pudar kerana kurang kandungan emas.
·         Tidak sesuai untuk pelaburan kerana mempunyai susut nilai yang tinggi walaupun barang baru berusia 1 hari sahaja.
·         Harga  gadaian / Pajakan ar-rahnu agak rendah.
·         Kelebihan emas 916 : Biasanya tersedia dalam bentuk barangan kemas, ini membolehkan pemiliknya melakukan gadaian bila-bila masa kerana kesemua arrahnu menerima emas dalam bentuk barangan kemas.


Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan kolor, kekerasan dan sifat fizikalnya, emas campuran nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.
Taw takkkk, warna emas bukannya kuning semata-mata, ia boleh juga dihasilkan menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah (Argentum, Manganese, Copper etc)
Tetapi trend emas dengan pelbagai kaler seperti diatas  tidak begitu popular di negara kita, mungkin kalernya tidak menarik atau harganya yang lebih mahal(pada pendapat saya) berbeza dengan kaler emas tulen yang bersilau-silau jika digilap dan mudah dijual beli di pasaran tempatan.



No comments:

Post a Comment

My MixPod