http://db.tt/oQSvIJcM
Saturday, June 9, 2012
EuRo DaTaNg LaGi yeeeeeHaaaaaa........
perlawanan peringkat kumpulan pada 8 – 19 Jun.
Suku akhir/quarter final pada 21 – 24 Jun.
Separuh akhir/semifinal pada 27 dan 28 Jun.
Perlawanan akhir/final pada 1 Julai.
bolasepak live streaming
http://sokernet.com/jadual-terkini/jadual-euro/jadual-euro-2012
Meh tgk Team Group
Sebanyak 16 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran jaguh Eropah. Euro 2012 bakal menjadi kali terakhir format 4 pasukan dalam setiap 4 kumpulan digunakan. Dalam edisi 2016 akan datang, penyertaan pasukan bertanding akan dinaikkan kepada 24 pasukan.wooooooo Bravooooo.....mesti MALATOPPPP eekkk heheheh.....
Kumpulan
A Poland, Greece, Russia, Republik Czech
8 Jun – 11:55 malam | POLAND vs GREECE
9 Jun – 02:45 pagi | RUSSIA
vs REP CZECH
13 Jun – 02:45 pagi | POLAND vs RUSSIA
13 Jun – 11:55 malam | GREECE vs REP CZECH
17 Jun – 02:45 pagi | GREECE vs RUSSIA
17 Jun
– 02:45 pagi | REP CZECH vs POLAND
Kumpulan
B Netherlands, Denmark, Germany, Portugal
9 Jun – 11:55 malam | BELANDA vs DENMARK
10 Jun – 02:45 pagi | JERMAN vs PORTUGAL
13 Jun – 11:55 malam | DENMARK vs
PORTUGAL
13 Jun – 02:45 pagi | BELANDA vs JERMAN
17 Jun – 02.45 pagi | PORTUGAL VS BELANDA
17 Jun
– 02.45 pagi | DENMARK vs JERMAN
Kumpulan C Spain, Italy, Ireland, Croatia
10 Jun – 11:55 malam | SEPANYOL vs ITALI
11 Jun – 02:45 pagi | IRELAND vs CROATIA
14 Jun – 02:45 pagi | SEPANYOL vs
IRELAND
14 Jun – 11:55 malam | ITALI vs CROATIA
18 Jun – 02:45 pagi | CROATIA vs SEPANYOL
18 Jun
– 02:45 pagi | ITALI vs IRELAND
Kumpulan
D Ukraine, Sweden, France, England
11 Jun – 11:55 malam | PERANCIS vs
ENGLAND
12 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs SWEDEN
15 Jun – 11:55 malam | SWEDEN vs ENGLAND
16 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs
PERANCIS
20 Jun – 02:45 pagi | ENGLAND vs UKRAINE
20 Jun
– 02:45 pagi | SWEDEN vs PERANCIS
Jom tengok jadual perlawanan
Kedudukan carta Kumpulan EURO 2012/standings
Sumber dan rujukan: EUFA EURO & Stadium Astro
Thursday, April 5, 2012
"Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns" wooww
hehehehh bacer tajok kat atas mesti ader yang tertanyer tanyer kan
"weeiii ni fakta ker auta"....
"heeeiiiiii logik aperrrr" g pon nie dari kaca mata Ketua Penyelidik Global Komoditinya tawww"
tak cayer?...heheeh meh kiter bacer kat bawah nie....joooommmmmm
Harga emas dijangka
naik RM5,662 seauns
2012/01/07
Emas dijangka cecah
RM503 satu gram menjelang 2020
"weeiii ni fakta ker auta"....
"heeeiiiiii logik aperrrr" g pon nie dari kaca mata Ketua Penyelidik Global Komoditinya tawww"
tak cayer?...heheeh meh kiter bacer kat bawah nie....joooommmmmm
Harga emas dijangka
naik RM5,662 seauns
2012/01/07
HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank
pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap
selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.
Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada
AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat
mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC
berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah
tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam
berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi
pelabur dan pihak berkuasa global.
“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun
sebagai agak wajar,” kata bank itu.
Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat
hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10
tahun lalu.
OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana
kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif
apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya
pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.
Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata
daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang
tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA
nantiiii ader lagi nieee hheheheheh...........
Emas dijangka cecah
RM503 satu gram menjelang 2020
mesti tanyer lagi eeeikkk betol ker tipuuu niee kannn...kannn..kannn hehehe
jom bcer nie plak.......
STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah
AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020,
disokong permintaan kukuh dari China dan India.
Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada
kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas
kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas
utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga
berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas
bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam
berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan
perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank
pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di
Kuala Lumpur semalam.
Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar
faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan
kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong
pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.
Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah
paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu
gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan
pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak
berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara
Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan
berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan
ketidaktentuan ekonomi global.
Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan
pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan
gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport
Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting
dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
“Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik
berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada
paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.
Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus
tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan
makanan.
Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia
(BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun
ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.
Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03
berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang
kukuh.
teewww tengok kat bawahhhh huhuhu
tapi mesti gak ader yang kater errrm tak logik laaaaa...kannnn..kann..kann
heheheh biaser la kiter kan manusia biaser.....haaa jom kiter tgk artikel kat bawah nie plak eeekk
Prestasi Sebulan Awal Pelaburan Emas 2012
Jom kiter tengok statistik
dibawah akan kenaikan harga emas dan silver sejak 30 hari lalu. Dahsyat tak?
Jangan tak percaya. kalau nak melabur time ceni la yang sesuaiii Ini yang dikatakan dalam pelaburan timing mestilah betol. Jangan biler beli maser salah timing pastu salahkan orang
lain plak. Mana-mana pelaburan pun kena bijak bertindak ........
cer tgk chart kat bawah nie
cer tgk chart kat bawah nie
fakta telah membuktikan kebenaran.
Harga emas telah meningkat
sekitar 10.48% dalam masa sebulan ,
tew sebab kener bukak mata dan faham betul betul istilah timing dalam
pelaburan.
kot kiter betul betul ikuti harga pasaran emas kiter mesti perasan yang harga emas telah jatuh
mendadak pada sebelum Krismas tahun lalu haaaa sebenarnya itulah masa yang
terbaik untuk kiter semuer beli emas sebab dah semestinya kiter semua akan memperolehi keuntungannya hari ini kalau kiter alert dan bertindak cergas empat bulan yang lepas. bayangkan lah kot kiter jual semula emas yang kiter beli empat bulan lepas tew pada hari ini perrrgghhhhh.....hehehhe
tapi nak buat cemaner kan "barang yang lepas jangan di kenang" huhuhu.....kiter ambik peluang yang ader sekarang nie muler kumpol emas jangan tunggu sampai harga emas mencecah RM500++ baru kiter nak haru biru menangis menyosalllll hehehhe
ingatan untuk diri sendiri jugak nie hehehhe...sharing is caring kan
Wednesday, April 4, 2012
Cemaner eekk nak taw EMAS teww "TULEN" ker "PALSU"
Okeeyyyy kiter cuber few tips kat bawah nie eekkkk
1. Cuber pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu
2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut
3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.
4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)
5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.
7. Perhatikan kot ader tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.
8. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.
9. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif
10. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la) sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), ingat eekkk emas tak ader bauuuuu
11. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.
12. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta anda. (kami tidak bertanggungjawab jika gigi anda patah.)
"Errrrmmm NaK Simpan Barang Kemas 916 kerrr 999"
Apa bezanyeww antara emas 999 (24k) ngan emas 916 (22k) teww eekkkkkkkkk..........
kiter pakai angguk angguk geleng geleng tapi hampehh aper kebendenyeww aper bezanyeww kiter hareeemmm tak taw hehehehe
Emas
999 (24k) :
·
Emas 1st class
·
Merupakan emas tulen yang tidak dicampur
dengan benda asing.
·
Kandungan Emas 999.9%
·
ianya agak lembut( boleh dibentuk menjadi
objek pejal spt barang kemas tetapi perlu dipakai dengan teknik yang betul agar
tidak mudah kemek @ jatuh)
·
Lebih berkilau, bersinar-sinar dan lambat
pudar.
·
Sangat sesuai untuk pelaburan terutama
dalam bentuk barang kemas, jongkong atau syiling emas.
·
Harga gadaian / Pajakan ar-rahnu
harga tinggi.
·
Kekurangan emas 999 : Biasanya tersedia dalam bentuk Bar, jongkong
atau syiling emas /dinar, ini kadang-kadang menyukarkan
pemiliknya melakukan gadaian ketika memerlukan wang kerana kebanyakan arrahnu
tidak menerima emas dalam bentuk Bar, jongkong atau syiling emas /dinar;
Okeh itu, Jika anda berhasrat menggunakan wang dari pelaburan emas anda,
eloklah anda membeli emas 999 ini dalam bentuk barangan kemas.
tawww tak...1gms emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi
Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah
22K, 18K dan 14K, berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya.
meh kiter tengok perbezaanyerrr....
24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas) emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas) emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.
hurmmm kiter sambung la citer emas 916 tadi....hehhehe
allriteee emas 22k a.k.a emas 916 . Emas 22K sangat popular di India. Ia digunakan sebagai Dowry perkahwinan, (Lazimnya dalam majlis perkahwinan mereka, keluarga mempelai wanita akan menyediakan beberapa gram emas (100 – 400gms, untuk dibawa bersama mempelai wanita kerumah pengantin lelaki) bagaimanapun tradisi ini hampir tidak diamalkan lagi kecuali di beberapa tempat.
Di Malaysia, emas 22k kebiasaannya tidak dicop 22k, ia biasanya dicop emas 916, disini timbul kekeliruan dan sedikit masalah. Pembeli emas lazimnya tidak akan membeli emas bertanda 22k dengan harga emas 916 kerana pertama, 22K bukan penggunaan standard di Malaysia, kedua, emas yang dicop 22K mungkin dihasilkan di India dan ia tidak disahkan ketulenannya di Malaysia, pelebur sendiri tidak akan mengambil emas 22K pada harga emas 916, sebab itu emas 22K lazimnya dibeli pada harga emas 90 atau emas 835, bergantung kepada keputusan ujian ketulenan asid.
Emas
916 (22k) :
·
Kandungan emas hanya 91.6% sahaja.
·
8.4 adalah lain-lain logam.
- Pembeli biasa biasanya Tiada
alat yg dapat mengukur kesahihan kandungan emas yang sebenarnya dalam
barang kemas yang dibeli semasa di kedai emas. Terdapat banyak kes
emas yang dibeli tidak mencapai tahap ketulinan yang dijanjikan.
·
Lagi berat barang kemas tersebut bermakna
lebih banyak kandungan benda asing daripada kandungan emas.
·
Cepat pudar kerana kurang kandungan emas.
·
Tidak sesuai untuk pelaburan kerana
mempunyai susut nilai yang tinggi walaupun barang baru berusia 1 hari sahaja.
·
Harga gadaian / Pajakan ar-rahnu
agak rendah.
·
Kelebihan emas 916 : Biasanya tersedia dalam bentuk barangan
kemas, ini membolehkan pemiliknya melakukan gadaian bila-bila masa kerana
kesemua arrahnu menerima emas dalam bentuk barangan kemas.
Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan kolor, kekerasan dan sifat fizikalnya, emas campuran nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.
Taw takkkk, warna emas bukannya kuning semata-mata, ia boleh juga dihasilkan menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah (Argentum, Manganese, Copper etc)
Tetapi trend emas dengan pelbagai kaler seperti diatas tidak begitu popular di negara kita, mungkin kalernya tidak menarik atau harganya yang lebih mahal(pada pendapat saya) berbeza dengan kaler emas tulen yang bersilau-silau jika digilap dan mudah dijual beli di pasaran tempatan.
"EmAs DaN zAkAt"
Ermmm dalam minat mengumpul emas kiter jangan luper pulak
akan tanggungjawap yang perlu kiter jalankan.....bukan aper ingat mengingati
tew kan baggoooooss hehehheehe
meh kiter pandang pandang jengok jengok bab zakat plak yer....eehhhh masih lagi topik emas nie tawww
hheheehehe.........
Ma’adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.
akan tanggungjawap yang perlu kiter jalankan.....bukan aper ingat mengingati
tew kan baggoooooss hehehheehe
meh kiter pandang pandang jengok jengok bab zakat plak yer....eehhhh masih lagi topik emas nie tawww
hheheehehe.........
"Firman Allah yang bermaksud" :
“Dan dirikan solat dan
tunaikanlah zakat.” (Al-Baqarah : 43)
"Hadis Nabi yang bermaksud" :
“Islam dibangun atas lima
perkara iaitu bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad
adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa
di bulan Ramadhan.” (Al-Bukhari, Muslim dan Lain-lainnya)
PERNIAGAAN TERUNGGUL :SURAH AS-SAFF:10-12
Hai orang-orang yang
beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat
menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan
RasulNya danberjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.
Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(As-Saff:10-12)
Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(As-Saff:10-12)
RAHSIA KEKAYAAN
“Tidak akan berkurang harta
yang disedekahkan dan Allah tidak akan menambah bagi seorang hamba yang pemaaf
melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah
melainkan akan Allah angkat darjatnya.” (Hadis riwayat Muslim)
"Sesungguhnya tidak akan berkurang harta yang disedekahkan, kecuali bertambah dan bertambah." (HR. Tirmidzi)
"Sesungguhnya tidak akan berkurang harta yang disedekahkan, kecuali bertambah dan bertambah." (HR. Tirmidzi)
MARILAH KITA SEMUA PERBANYAKKAN BERSEDEKAH KERANA ALLAH S.W.T - AMIN
KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT EMAS DAN PERAK
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:” Tidak ada seorang pun yang mempuyai emas dan perak yang tidak
menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa
keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan
belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang
lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan
dengan hamba-Nya.”
Rukun Zakat
“Ambillah
(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk),
dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman
bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah
At-Taubah (ayat 103)
“Dan dirikanlah kamu akan
sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh
rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)
“Dan
(ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani
Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan
berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim,
serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan
yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu
berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil
daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian
setianya.” - Surah Al-Baqarah (ayat 83)
“Ambillah
(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk),
dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman
bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah
At-Taubah (ayat 103)
Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.
Borak borak pasal "zakat" nie kan kiter nie taw ker tak aper itu zakat.......
Pengertian Zakat
Dari Segi Bahasa
Zakat dari segi bahasa bererti
“BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI”
dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya
daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan
diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
Dari Segi Syarak
Zakat dari segi syarak pula
ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang
berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
Hikmah Disyariatkan Zakat
Zakat adalah salah satu
daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT
mensyariatkan zakat ialah:
·
Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang
berada kepada golongan yang kurang berada.
·
Membersihkan diri pembayar zakat.
·
Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
·
Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh
ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
·
Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib
baik.
·
Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping
perhubungan antara manusia dengan manusia.
·
Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam
bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
·
Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan
ekonomi dan kewangan.
·
Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang
diredhai ALLAH SWT.
·
Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar
zakat.
Siapa Yang Wajib Berzakat
Setiap individu yang ingin
membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan
dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
·
Islam
Zakat hanya dikenakan kepada
orang-orang Islam sahaja.
·
Merdeka
Syarat ini tetap dikekalkan
sebagai salah satu syarat wajib.
·
Sempurna Milik
Harta yang hendak dizakat
hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi
harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya
bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
·
Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat
Para Fuqaha’ merangkumi semua
pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang
termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
·
Cukup Nisab
Nisab adalah paras minimum yang
menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan
nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196
gram perak.
·
Cukup Haul
Bermaksud genap setahun iaitu
selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi.
Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan
hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
Harta Yang Wajib Dizakatkan
Ada 2 jenis zakat iaitu:
·
Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri
yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang
berkemampuan dengan
syarat-syarat yang ditetapkan.
syarat-syarat yang ditetapkan.
·
Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan
zakat adalah seperti berikut:
o Zakat
Pendapatan
o Zakat
Perniagaan
o Zakat
Binatang Ternakan
o Zakat
Pertanian
o Zakat
Wang Simpanan
o Zakat
Emas dan Perak
o Zakat
Saham
o Zakat
Ma’adin, Kunuz dan Rikaz *
Ma’adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.
Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)
Asnaf Zakat
Skop agihan zakat Lembaga Zakat
Selangor (MAIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara’. Asnaf tersebut
seperti mana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu,
hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat,
para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang
berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan,
sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana”
Siapa Yang Layak Menerima Zakat
Zakat akan diagihkan kepada
beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah:
·
Asnaf Fakir
Fakir ialah orang Islam yang
tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya
untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan,
pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
·
Asnaf Miskin
Miskin ialah orang Islam yang
mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya
tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan
tanggungannya.
·
Asnaf Amil
Orang yang dilantik /
ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
·
Asnaf Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam
iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh
mencintai Islam.
·
Asnaf Riqab
Iaitu hamba mukatab yang ingin
memerdekakan dirinya.
·
Asnaf Gharimin
Orang Islam yang berhutang
untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga
tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat
dan memerlukan:
o Orang
yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
o Hutang
itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
o Hutang
telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
·
Asnaf Fisabilillah
Fisabililah ialah tiap-tiap
perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan
syiar Islam.
·
Asnaf Ibnu Sabil
Orang Islam yang kehabisan
perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan
sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
o Ia
mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
o Pengembaraan
diharuskan oleh syarak.
Subscribe to:
Posts (Atom)