Wednesday, April 4, 2012

"EmAs DaN zAkAt"

Ermmm dalam minat mengumpul emas kiter jangan luper pulak
akan tanggungjawap yang perlu kiter jalankan.....bukan aper ingat mengingati
tew kan baggoooooss hehehheehe
meh kiter pandang pandang jengok jengok bab zakat plak yer....eehhhh masih lagi topik emas nie tawww
hheheehehe.........



"Firman Allah yang bermaksud" :

“Dan dirikan solat dan tunaikanlah zakat.” (Al-Baqarah : 43)

"Hadis Nabi yang bermaksud" :

“Islam dibangun atas lima perkara iaitu bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Al-Bukhari, Muslim dan Lain-lainnya)

PERNIAGAAN TERUNGGUL :SURAH AS-SAFF:10-12

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya danberjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. 

Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(As-Saff:10-12)
RAHSIA KEKAYAAN
“Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan dan Allah tidak akan menambah bagi seorang hamba yang pemaaf melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah melainkan akan Allah angkat darjatnya.” (Hadis riwayat Muslim)

"Sesungguhnya tidak akan berkurang harta yang disedekahkan, kecuali bertambah dan bertambah.(HR. Tirmidzi)

MARILAH KITA SEMUA PERBANYAKKAN BERSEDEKAH KERANA ALLAH S.W.T - AMIN


KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT EMAS DAN PERAK

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak ada seorang pun yang mempuyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya.”


Rukun Zakat
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)
“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” - Surah Al-Baqarah (ayat 83)



“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)
Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.
Borak borak pasal "zakat" nie kan kiter nie taw ker tak aper itu zakat.......

Pengertian Zakat

Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

Hikmah Disyariatkan Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
·         Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
·         Membersihkan diri pembayar zakat.
·         Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
·         Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
·         Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
·         Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
·         Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
·         Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
·         Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
·         Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

 Siapa Yang Wajib Berzakat

Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
·         Islam
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
·         Merdeka
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
·         Sempurna Milik
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
·         Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat
Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
·         Cukup Nisab
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
·         Cukup Haul
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

Harta Yang Wajib Dizakatkan

Ada 2 jenis zakat iaitu:
·         Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan
syarat-syarat yang ditetapkan.
·         Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
o    Zakat Pendapatan
o    Zakat Perniagaan
o    Zakat Binatang Ternakan
o    Zakat Pertanian
o    Zakat Wang Simpanan
o    Zakat Emas dan Perak
o    Zakat Saham
o    Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz *

Ma’adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.
Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)

Asnaf Zakat

Skop agihan zakat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara’. Asnaf tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

Siapa Yang Layak Menerima Zakat

Zakat akan diagihkan kepada beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah:
·         Asnaf Fakir
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
·         Asnaf Miskin
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
·         Asnaf Amil
Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
·         Asnaf Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
·         Asnaf Riqab
Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.
·         Asnaf Gharimin
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
o    Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
o    Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
o    Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
·         Asnaf Fisabilillah
Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.
·         Asnaf Ibnu Sabil
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
o    Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
o    Pengembaraan diharuskan oleh syarak.






My MixPod