Thursday, April 5, 2012

"Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns" wooww

hehehehh bacer tajok kat atas mesti ader yang tertanyer tanyer kan 
"weeiii ni fakta ker auta"....
"heeeiiiiii logik aperrrr" g pon nie dari kaca mata Ketua Penyelidik Global Komoditinya tawww"
tak cayer?...heheeh meh kiter bacer kat bawah nie....joooommmmmm









Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns

2012/01/07

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.
Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.
“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.
Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.
OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.
Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA
Link asal : Berita Harian........tewwww tgk kat bawah teww tak cayer lagi huhuhuh






nantiiii ader  lagi nieee hheheheheh...........

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020

mesti tanyer lagi eeeikkk betol ker tipuuu niee kannn...kannn..kannn hehehe
jom bcer nie plak.......

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.
Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.
Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.
Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
“Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.
Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.
Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.
Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.
Klik asal : Berita Harian
teewww tengok kat bawahhhh huhuhu


tapi mesti gak ader yang kater errrm  tak logik laaaaa...kannnn..kann..kann
heheheh biaser la kiter kan manusia biaser.....haaa jom kiter tgk artikel kat bawah nie plak eeekk

Prestasi Sebulan Awal Pelaburan Emas  2012


Jom kiter tengok statistik dibawah akan kenaikan harga emas dan silver sejak 30 hari lalu. Dahsyat tak? Jangan tak percaya.  kalau nak melabur time ceni la yang sesuaiii Ini yang dikatakan dalam pelaburan timing mestilah betol. Jangan biler beli maser salah timing pastu salahkan  orang lain plak. Mana-mana pelaburan pun kena bijak bertindak ........
cer tgk chart kat bawah nie












fakta telah membuktikan kebenaran. 
Harga emas telah meningkat sekitar 10.48% dalam masa sebulan , 
tew sebab kener bukak mata dan faham betul betul istilah timing dalam pelaburan. 
kot kiter betul betul ikuti harga pasaran emas kiter mesti  perasan yang harga emas  telah jatuh mendadak pada sebelum Krismas tahun lalu haaaa sebenarnya itulah masa yang terbaik untuk kiter semuer beli emas sebab dah semestinya kiter semua akan memperolehi keuntungannya hari ini kalau kiter alert dan bertindak cergas empat bulan yang lepas. bayangkan lah kot kiter  jual semula emas yang kiter beli empat bulan lepas tew pada  hari ini perrrgghhhhh.....hehehhe
tapi nak buat cemaner kan "barang yang lepas jangan di kenang" huhuhu.....kiter ambik peluang yang ader sekarang nie muler kumpol emas jangan tunggu sampai harga emas mencecah RM500++ baru kiter nak haru biru menangis menyosalllll hehehhe
ingatan untuk diri sendiri jugak nie hehehhe...sharing is caring kan

My MixPod