Monday, June 13, 2011


Hukum tidak bertegur sapa
Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabatNabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi saw bersabda,
Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari,berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebihbaik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.
Daripada hadis ini dapat kita pengajaran bahawa orang Islam sesama Islam jika bergaduh tidak bolehtidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari. Menurut Imam An-Nawawi rhm, jika seseorang itu tidakbertegur sapa dalam tempoh 3 hari, perbuatan itu dimaafkan, kerana tabiat manusia itu memang adasifat marah, moga-moga dalam tempoh tiga hari itu marah masing-masing akan hilang dan kembali sejukuntuk berdamai. Tetapi sekiranya lebih daripada tiga hari, masing-masing masih tidak bertegur sapamaka hukumnya adalah haram dan kedua-duanya dikira berdosa. Jika seseorang memberi salam tetapi tidak bertegur sapa, apakah itu juga dikira berdosa?Menurut Imam Syafie dan Imam Malik rhm, berpandukan hadis di atas, memberi salam itu sudahmemadai kerana bahawasanya salam itu sudah menepati maksud bertegur sapa dan menghapuskandosa. Manakala tidak bertegur sapa dengan ahli maksiat itu hukumnya adalah harus, sekiranya setelah diberinasihat masih berdegil juga tidak mahu meninggalkan maksiatnya. Tetapi sekiranya ahli maksiat itu telahbertaubat maka wajiblah bertegur sapa dengannya. Mana-mana umat Islam yang tidak bertegur sapa, akan ditutup pintu syurga ke atas mereka sehinggalahmereka berdamai. Sabit dengan keterangan hadis sahih yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi,
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Telah dibuka pintusyurga pada hari Isnin dan Khamis, maka diberi keampunan pada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa.. Makadikatakan kepada pintu syurga, tolaklah kedua-dua orang itu sehinggalah mereka kembali berdamai

No comments:

Post a Comment

My MixPod