Wednesday, April 4, 2012

EmAs Ohhhh EmAs



sekarang nie kan saner sini orang dok citer pasal "emas" kan
errmm menarek gak topik nie..actually memuler dulu gua sendiri pon
buta pasal emas nie..huhuhu boleh kater tak minat langsung nak amek taw
cerita ceriti pasal emas nie...sampai laa sorang kawan gua nie bercerita ceriti
dan berjaya mencelikkan mata gua supaya amek taw pasal emas punyer cerita
hehehe...thanks soo much freindzz...love you laa...compom tak carik laenn wahahaha


sebelum membebel panjang jom kiter carik dulu maner hadis ker cerita dalam Al Quran
ker yang ader kener mengener ngan emas.....supaya kiter nie tak tersasarkan
yer la kiter ni kan manusia biasa.......joooommmmm

SURAH : AL-KAHFI. AYAT 31

Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam mereka berehat di dalamnya dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias).

Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

AL QURAN DAN EMAS

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).
(Surah Ali Imran, ayat 14)

HADIS & EMAS

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). 
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari PERAKdan EMAS. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar). 

My MixPod